Wednesday, July 15, 2015

Cerita Perjuangan Islam Bukan Di Warisi


Iman tidak diwaris. Perjuangan dan kehebatan seseorang ayah tidak semestinya diwarisi oleh anaknya. Kita tidak menafi ada anak membawa perjuangan ayahnya, malah ada yang lebih hebat lagi.

Yang ini tidak membantu perjuangan ayahnya. Sangat malang walaupun ada ilmu yang baik.

MEMAHAMI ISU TUBUH JEMAAH ISLAM BARU, DAN KELUAR DARI JEMAAH ISLAM SEDIA ADA

Perbincangan hangat berkenaan penubuhan jamaah baru dan bagaimana dengan baiah mereka dengan jamaah yang sedia ada?

Maklum bagi mereka yang mendalami ilmu fiqh bahawa baiah yang wujud di dalam hadis atau yang meninggalkan jamaah ia berkaitan dengan baiah dengan kerajaan maka orang yang memutuskan baiah tersebut dan keluar daripada kerajaan Islam itu adalah haram. Tetapi berbaiah dengan parti atau jamaah tidak termasuk di dalam hadis ini.


Baiah parti dikategorikan sebagai ta'ahud dan sekiranya seseorang keluar daripada parti cukup dengan membayar kaffarah sumpah. Segala taklid taklid yang bercanggah dengan maqasid syarie taklid itu dianggap batil.


Cuma permasalahnnya adakah wajar menubuh jamaah baru sedangkan dah ada jamaah lama?


Maka perkara ini merujuk kepada fiqh masalih adakah ia banyak membawa kepada maslahah walaupun secara dasarnya mengurangkan jamaah itu lebih baik kerana dapat dikumpulkan tenaga yang banyak dan jamaah yang banyak itu memecahkan tenaga?


Tidak ada dalil yang kuat yang mengharamkan berbilang parti Islam. Kesemua pendapat yang telah diutarakan dalam bentuk pengharaman jamaah baru adalah ijtihad bukannya Syariat.


Maka perkara ini diserahkan kepada ahli politik untuk menuntukan hala tuju mereka walaupun secara peribadi saya lebih suka tidak ada jamaah baru, tetapi secara fiqhnya tidak ada yang menghalang penubuhan parti baru.


Selamat beramal, kuatkan perpaduan umat Islam.

Ustaz Fauwaz Dato' Fadzil Noor


Pemburu Anjing - Ini baru adik kalau abang lagi lingkup!!

1 comment:

  1. Oleh krn adanya hadis nabi yg mengatakan bahwa makanan utk 2 org ckup utk 3 org...maka umat islam lbh afdal mempunyai seorg anak shj....maka nk anak lbh terpulangla..tapi kurangla afdalnya....skdr nk tunjuk contoh mcmana puak2 geng haru biru berfatwa

    ReplyDelete