Tuesday, June 30, 2015

Seronok TMJ Tak Payah Menabong


Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima sebuah jet daripada ayahandanya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-31 hari ini.

Dalam beberapa foto yang dimuatnaik di Facebook Johor Southern Tigers, baginda antara lain turut bergambar bersama ayahanda Sultan Ibrahim di atas karpet merah di depan jet tersebut.

Ini mesti gua dengki. Sebelum ini kita heboh pasal bini PM dikatakan menabong semenjak kecil nak beli cincin 24 juta.

Yang ini gua tak pasti berapa juta!
Tapi seronoknya tak payah menambong. Semuanya harta bapak yang tak terlibat dengan rakyat. Datang daripada 7 keturunan.


Pemburu Anjing - Gua sekarang sedang menabong untuk lancar parti baru lepas raya nanti.

DAP dah tukar Maskot PRU?


Gua dengar DAP telah ubah dia punya maskot untuk kempen PRU-14 kali ini. DAP sanggup belanja berapa sahaja untuk kempen guna maskot baru ini. Maskot dulu burung pun DAP belanja banyak duit. Patung maskot di atas misalnya adalah patung raksasa setinggi 7 meter yang diperbuat daripada PVC menelan kos RM60,000. Bagi DAP duit bukan soal penting yang penting kempen untuk ubah persepsi. Lagi pun duit itu bukan bapak dia punya. Itu pun duit rakyat. Tapi tak apa, yang tak boleh guna duit rakyat BN atau UMNO sahaja. Ini gua respek sama itu Cina DAP dan penyokong Pakatan Rakyat setuju guna duit itu kerja bazir macam ni!

Tapi sekarang burung dah tak laku. DAP dah ubah. DAP kan parti progresif, pasal itu ramai pimpinan PAS yang tewas nak ikut DAP sebab DAP lebih suci bagi mereka, lebih progresif.

DAP mahu maskot baru, maskot yang boleh bercakap dan bergerak. Yang ni gua lagi respek itu sama anak beranak Lim. Wah ini maskot pasti boleh bawa mati itu punya parti PAS. Parti ulama degil nak buat hudud. Itu ulama tak tahu politik. 



Ini contoh maskot baru DAP. Dia ni dah jadi hamba DAP. Selepas ini DAP akan bawa dia ke mana-ke mari untuk bagi kempen. Sajak Melayu tidur dipinggiri dan kaki-kaki lima kedai pendatang dudah dilupa, maca kata Tun Mahathir Melayu sudah lupa. Itu Melabri pun pandai cakap pasal Melayu.



Lihat DAP dah dapat sebelum ini 3 jenis wanita Melayu. Dengan 3 maskot ini DAP tidak lagi dikatakan anti Islam dan Melayu.

Gua ada cari dalam banyak program DAP, nak lihat perempuan Melayu lain selain 3 maskot di atas. Gua tak jumpa. Apakata gua silap. DAP dapat 3 maskot perempuan Melayu ini sudah cukup untuk DAP perbodohkan Melayu. Seolah-olah semua Melayu dan jadi HAMBA DAP!

Pemburu Anjing - Agaknya berapa DAP nak bayar gua untuk jadi dia punya Red Bean?? Masjid pun DAP boleh buat takkan gua pun DAP tak nak bayar!!



Monday, June 29, 2015

Roket G18 Meletup Sebelum Dilancarkan?


Gua ada baca pasal sebuah roket tanpa pemandu milik SpaceX meletup selepas beberapa minit dilancarkan dari Cape Canaveral, Florida pada Ahad lepas, sekali gus memberi tamparan kepada program angkasa lepas syarikat itu yang diterajui taikun internet, Elon Musk.

Kejadian itu adalah yang ketiga dalam tempoh kurang setahun membabitkan kapal angkasa Amerika Syarikat dan Russia yang digunakan untuk menghantar bekalan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Keadaan itu menyebabkan ramai bimbang mengenai aturan penghantaran bekalan makanan dan peralatan kepada angkasawan yang kini tinggal di orbit.

Gua terfikir apa terjadi dengan G18 dengan gabungan NGO Islam yang akan lancar satu roket selepas raya nanti. Adakah nasib mereka sama dengan SpaceX?

Belum lancar G18 dan bertumbuk dengan PASMA. Phahrorazi sindir sesetengah ahli G18 ego dan sombong, pasal tu kalah dalam pemilihan. Benjol terus kepala Hanipa Maidin peguam yang banyak cakap itu kena 'sembur' oleh bos PASMA.


Selepas itu Mahfuz beri pula pukulan maut, terus tertudud Abu Aiman (Dr Zul) setiausaha G18.

Salahudin Ayud dikatakan nak terima jawatan lepas raya nanti. Gua rasa terus hancur berkecai. Tapi geng G18 ni pasal putar belit dan perangkat hebat, apa tak belajar daripada filem Hawai Five O. Terus dia orang buat program Himpunan Badar Kubro. Ni kira perang.


Tujuannya nak perangkap Salahudin Ayub. Gua tahu dia orang buat di Tongkang Pechah pasal nak ambil sentimental Salahudin. Salahudin kena banyak lagi solat istikarah nak pilih mana? Amoi DAP atau Nisa'.


Mat Sabu pula sekarang ni dah tukar potfolio, tak ceramah. Sekarang tazkirah dan mengajar agama di Masjid. Dengar cerita tak balik kampung lagi. Sekarang tak jadi profesional dan ubah jadi ulama baru layak memimpin parti baru. Ulama sahaja boleh jadi Presiden he he he. Terkencing pula Dr Hatta, Dr Zul, Hanipa tak ada peluang nak jadi Presiden. Tak apa buat parti baru lagi. Kan DAP ada boleh sponser!!


Pemburu Anjing - Suka lihat drama geng kemaruk jawatan dalam PAS buang tabiat. Agaknya sampai bila dia orang nak jadi sasau?

Himpunan Abu Jahal??


Gua semasa kecil dulu kalau dengar cerita pasal Badar Kubro, gua pasti ingat bagaimana Abu Jahal nak musnahkan Gerakan Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w. Gua ingat lagi ustaz cakap Abu Jahal dapat sokongan daripada pelbagai kabilah dan Yahudi.

Gua ingat itu dulu-dulu punya cerita, rupa sekarang pun ada himpunan badar kubro mahu rosakkan gerakan Islam. Ustaz cakap Abu Jahal itu bapak saudara Nabi. Itu macam samalah. Sekarang anak-anak pempinan gerakan Islam pun ada mahu rosak itu Gerakan Islam.Sama macam zaman nabi wooii.

Gua dengar cerita itu satu parti ada banyak keluar duit sponser ini punya himpunan. Banyak seronok lihat orang nak rosakkan itu parti Islam.

Pemburu Anjing - Nanti beli tiket mahu ke Tongkang Pechah.. nanti mahu kasi pecah itu punya himpunan Abu Jahal!

Menyalak, Menjelir dan Anjing


Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohammad menegaskan bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menyebut langsung perkataan anjing dalam ucapannya sebaliknya hanya menggunakan perkataan menyalak.

"Yang diucapkan ialah menyalak tapi orang terus terjemahkan menyalak itu anjing.

Gua rasa ucapan Abdul Hadi di Kepala Batas, Pulau Pinang kelmarin menarik perhatian apabila akhbar melaporkan beliau menggelar golongan yang menentang hudud sebagai anjing.

Gua rasa mereka yang menulis berita sudah pun menjadi anjing, menjelir dan menyalak untuk buat kerja jahat!

Pemburu Anjing - Gua rasa sebagai orang Islam kita belek kitab Al Quran, apa kata Allah. “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al-A’raf: ayat 175-176).

Azmin Ali Nak Tunggu 6 Tahun Baru Nak Selesai Masalah Air?


Menteri Besar Selangor Azmin Ali membidas bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengesa beliau supaya segera menyelesaikan penstrukturan semula air di negeri itu atau berundur dari jawatannya.

"Dia (Khalid) gagal selesaikan selama 6 tahun, saya baru (jadi menteri besar) sembilan bulan," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya hari ini.

Beliau yang juga timbalan presiden PKR berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat PKR Selangor.

Pemburu Anjing - Isu air berlarutan sama dengan isu politik dalam PKR kemudian merebak ke Pakatan Rakyat. Semuanya cakap pandai tapi bila nak buat semuanya 'main politik' kahirnya rakyat juga jadi mangsa. Siapa lagi harapan rakyat. Lu orang pikir sendirilah!