Monday, June 29, 2015

Menyalak, Menjelir dan Anjing


Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohammad menegaskan bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menyebut langsung perkataan anjing dalam ucapannya sebaliknya hanya menggunakan perkataan menyalak.

"Yang diucapkan ialah menyalak tapi orang terus terjemahkan menyalak itu anjing.

Gua rasa ucapan Abdul Hadi di Kepala Batas, Pulau Pinang kelmarin menarik perhatian apabila akhbar melaporkan beliau menggelar golongan yang menentang hudud sebagai anjing.

Gua rasa mereka yang menulis berita sudah pun menjadi anjing, menjelir dan menyalak untuk buat kerja jahat!

Pemburu Anjing - Gua rasa sebagai orang Islam kita belek kitab Al Quran, apa kata Allah. “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al-A’raf: ayat 175-176).

No comments:

Post a Comment