Monday, June 29, 2015

Azmin Ali Nak Tunggu 6 Tahun Baru Nak Selesai Masalah Air?


Menteri Besar Selangor Azmin Ali membidas bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengesa beliau supaya segera menyelesaikan penstrukturan semula air di negeri itu atau berundur dari jawatannya.

"Dia (Khalid) gagal selesaikan selama 6 tahun, saya baru (jadi menteri besar) sembilan bulan," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya hari ini.

Beliau yang juga timbalan presiden PKR berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat PKR Selangor.

Pemburu Anjing - Isu air berlarutan sama dengan isu politik dalam PKR kemudian merebak ke Pakatan Rakyat. Semuanya cakap pandai tapi bila nak buat semuanya 'main politik' kahirnya rakyat juga jadi mangsa. Siapa lagi harapan rakyat. Lu orang pikir sendirilah!

No comments:

Post a Comment